Monday, August 22, 2011

Abandon


kau asyik tanyakan aku dimana silapnya.
aku diam dan lempar sejuta rasa benci.

kau kata aku hebat dan sesungguhnya aku yang terbaik.
katamu aku mampu berdiri sendiri tanpa kau tatihkan.
dan sendirian, aku diam dan pendam sejuta rasa sakit.

kau bilang dari dulu aku tak perlukan bantuan.
lantas kau tinggalkan aku mengharungi setiap satu benda baru.
aku masih lagi diam melihat kau tinggalkan aku seorang.

merangkak aku dalam gelap mencari sisa bayangan kau.
aku diamkan tangis menjadi dodoian setia di malam hari.

aku tak salahkan keadaan.
dan kau pun tak seharusnya menjadikan keadaan sebagai alasan.

dan bila aku mula menjauh dan menjarakkan diri, kau tubikan aku soalan.
kau kata aku sudah mula berubah.

ya, memang aku sudah leka ditelan dunia.
budi pekerti dan adab aku sudah hilang dimamah waktu.

tapi pernah kau tanya perasaan aku yang mendengar setiap pekik dan jerit ?
dapat kau rasai apa yang aku pendamkan di setiap cerita sedih duka lara kau ?

kau pentingkan perasaan kau seorang.
aku benci semua ini, aku benci apa yang telah merubah kau.
dan aku benci setiap perubahan yang terbina kononya untuk menyelamatkan sesuatu benda yang aku lihat sudah lama patah hancur.

aku yang pertama dan aku yang melihat semua.
aku tahu kau pun turut merasa tapi kau tuli dan butakan saja !

aku tak minta lebih , aku tak minta yang mustahil.
aku cuma mahu kau jadi siapa yang sepatutnya kau jadi.

supaya sekali sekala, aku mampu jadi lemah tanpa perasaan terbeban.
sesungguhnya aku sudah sesak bernafas dalam sendu.

tolong, aku mahu normal.

p/s: kau asyik katakan dia tak kotakan janjinya, dan mahu saja aku berikan cermin supaya kau sedar kau pun begitu.