Wednesday, April 20, 2016

Kifarah




Forgiveness doesn't mean it doesn't hurt anymore.

Siapa pun kita, dimana kita berada, jangan ambil mudah tentang kemaafan yang diberi.

Jangan diulang silap yang sama dan tagih maaf yang sama umpama maaf itu tiada nilai, cuma tiket untuk melepaskan diri dari dosa menyakiti.

Hidup ini umpama roda, 

kejap kita di atas, kejap kita di bawah.

Mungkin hari ini aku merasa, esok lusa siapa tahu.

Kifarah, kifarah.


Tuesday, April 5, 2016

Gratitude


Terima kasih tuhan, untuk hari yang indah.

Terima kasih tuhan, untuk sahabat yang memahami.

Terima kasih tuhan , untuk keluarga yang menyayangi.

Terima kasih tuhan, untuk rumah yang melindungi.

Terima kasih tuhan, untuk setiap hela nafas yang ada.

Semoga Kau berikan tenang dalam hati yang gelisah, berikan indah pada yang berduka.

Semoga Kau kabulkan doa pada yang memerlukan, pada yang kesusahan, agar pada setiap satu yang ada, yang baik-baik sahaja dalam hidupnya.

Monday, April 4, 2016

Kembali


Kadang bila hati kata nak berubah, kita takut.

Takut nak lepaskan kebiasaan.
Takut nak lepaskan keselesaan.

Kita dah matang, well at least, aku rasa aku dah di dalam fasa matang.
In this phase, jujurnya,aku tengah struggle, belajar terima konsep redha dan tawakal.

Aku belajar, dalam segala situasi, kita kena fikir dari semua sudut.
Setiap satu apa yang orang buat pada kita, mesti ada sebab.
Kadang aku rasa aku di pihak yg kalah.

Tapi kalau kalah itu yg tenang, kalah itu yang beri aman, aku pilih itu dari menang dengan hati gelisah.

Aku dapat rasa something, dan aku sangat tak suka bila aku rasa macam ni.

 A hint , a tiny glimpse of sadness.

Mungkin, ini cara lembut tuhan nak beritahu aku;

"Kembali"

Sebab bila kau cukupkan diri hanya untuk tuhan, kau cukupkan diri untuk segalanya.

So far, aku bersyukur sangat kat mana aku berada sekarang, biasalah, aku dengan pikir jauh aku memang sentiasa tak kemana, tapi when the thought forces you to change to be a far far moreeeee better person, then why not kan?

Terima kasih Tuhan, untuk nikmat kasih sayang, dari keluarga dan sahabat.