Monday, July 18, 2011

Terbang Melatiku Terbang .

sekarang sudah pagi, jadi bagaimana ?

kau ingat ini cerita drama sedih tv3 di larut malam, boleh elok dalam masa 30 minit tayangan? at least i'm not crying anymore.

yakin ?

diam kau. *mata bergenang*

persetan dengan filosopi sampah kau, berapa kali kau nak lalui benda yang sama. memang kau degil, dasar tak pernah serik.


terima kasih, ayat kasar kau banyak membantu. aku memang sangat perlukan makian kau.


*diam* orang macam kau, sejuta kali aku pesan masih juga dungu dengan kebodohan sendiri.

bodoh atau tidak bukan kau hakimnya. Aku percaya apa yang aku buat, lagipun aku ada tuhan untuk mengadu.

simpan dan pendam semua rasa kau buat perkasam dan biarkan sahaja hati kau menjeruk dengan semua cerita bodoh yang aku rasa tak perlu jadi isu.

cakap bahasa melayu, aku tak faham, hehs. *senyum sinis*

takpayah nak tak faham sangat. kau lagi arif kalau bicara soal bahasa. kau yang carik pasal, kau sendiri yang tanggung.

aku yang menanggung kenapa kau yang nak bising ?

bodoh, kau memang bodoh. aku hati kau, masakan aku tak merasa sekali.

*diam*
___________________________________

terbang melatiku terbang, terbang jauh ke puncak awan, lekas sayangku lekas, bawa pergi semua rasa dan bantu aku terbang bebas.
___________________________________

Saturday, July 16, 2011

Untitled .

lebih baik tak ada orang sayang dari yang disayang milik orang :)