Tuesday, November 29, 2011

Merpati Putih

Merpati,
bicarakan gundah ini padanya.
khabarkan betapa hati ini menanggung rindu.
rindu sebuah senyuman yang dulunya terukir indah.

Merpati,
tanyakan khabarnya, mengapa diam seribu bahasa.
katakan aku di sini tetap menunggu.
menunggu sebuah janji yang tak terucap.

Merpati,
bawa sekali angin yang memupuk bayu,
biar menyentuh lembut pipinya.
pujuk hatinya, kerana aku tak bisa ada di sisi.

Merpati,
terbang lekas bawa berita.

Wednesday, November 23, 2011

Bicara Pada Angin

sini, mari sini, kesat air mata dan mari ceritakan semua.

*lemah mengatur langkah, rebah ke pangkuan dengan sisa air mata.

khabarkan isi hati yang dari tadi menganggu jiwa, biar diluah semua, jangan dibiar membelenggu hati.

bibir tersenyum mesra, bicara yang indah belaka, suara tertawa riang, tapi sayang hati tak merasa.

mengapa dibiar memori bersarang dijiwa, sudahlah, jangan ditahan, buangkan semua cerita lama.

mulut senang bicara, mengarah lagaknya raja, tapi bahu yang memikul sudah lemah tak bermaya.

mana dia semangat yang dulunya lantang menongkah arus ? meskipun di depan taufan melanda, badan sudah longlai cuba bertahan, namun tetap setia, sedikit pun tidak berganjak .

masakan dengan hanya mata yang memandang mampu menanggung beban yang terpahat di jiwa orang yang merasa ? usah ditanya mana dia semangat, bila jasad yang berada di depan mata umpama ruang kosong yang sudah lama mati. pandang tepat ke anak mata, dan rasakan sendiri ruang kosng yang ada.

bercerita umpama beban dunia di galas sendiri.

ini yang perlu dibayar bila sudah terlalu lama memendam rasa.

buka ruang.

maaf, hati ini terlalu rapuh. dan ketakutan yang paling ampuh adalah kehilangan.
aku takut, terlalu takut..

Monday, September 19, 2011

Missing Star - Yuna



I can’t never really tell you why
I’ve been missing you a lot
And I just have to take another look
Of your photo in my wallet
And there’s no reason why
I keep your t-shirt by my side when i sleep
Pretending you were never really gone
It’s like a missing star
That’s always been up in your sky
It’s like the rainbow never comes after the rain
It’s like the sun never rises in every of your mornings
How am I suppose to live without those things
There are all you.

Monday, August 22, 2011

Abandon


kau asyik tanyakan aku dimana silapnya.
aku diam dan lempar sejuta rasa benci.

kau kata aku hebat dan sesungguhnya aku yang terbaik.
katamu aku mampu berdiri sendiri tanpa kau tatihkan.
dan sendirian, aku diam dan pendam sejuta rasa sakit.

kau bilang dari dulu aku tak perlukan bantuan.
lantas kau tinggalkan aku mengharungi setiap satu benda baru.
aku masih lagi diam melihat kau tinggalkan aku seorang.

merangkak aku dalam gelap mencari sisa bayangan kau.
aku diamkan tangis menjadi dodoian setia di malam hari.

aku tak salahkan keadaan.
dan kau pun tak seharusnya menjadikan keadaan sebagai alasan.

dan bila aku mula menjauh dan menjarakkan diri, kau tubikan aku soalan.
kau kata aku sudah mula berubah.

ya, memang aku sudah leka ditelan dunia.
budi pekerti dan adab aku sudah hilang dimamah waktu.

tapi pernah kau tanya perasaan aku yang mendengar setiap pekik dan jerit ?
dapat kau rasai apa yang aku pendamkan di setiap cerita sedih duka lara kau ?

kau pentingkan perasaan kau seorang.
aku benci semua ini, aku benci apa yang telah merubah kau.
dan aku benci setiap perubahan yang terbina kononya untuk menyelamatkan sesuatu benda yang aku lihat sudah lama patah hancur.

aku yang pertama dan aku yang melihat semua.
aku tahu kau pun turut merasa tapi kau tuli dan butakan saja !

aku tak minta lebih , aku tak minta yang mustahil.
aku cuma mahu kau jadi siapa yang sepatutnya kau jadi.

supaya sekali sekala, aku mampu jadi lemah tanpa perasaan terbeban.
sesungguhnya aku sudah sesak bernafas dalam sendu.

tolong, aku mahu normal.

p/s: kau asyik katakan dia tak kotakan janjinya, dan mahu saja aku berikan cermin supaya kau sedar kau pun begitu. 

Monday, July 18, 2011

Terbang Melatiku Terbang .

sekarang sudah pagi, jadi bagaimana ?

kau ingat ini cerita drama sedih tv3 di larut malam, boleh elok dalam masa 30 minit tayangan? at least i'm not crying anymore.

yakin ?

diam kau. *mata bergenang*

persetan dengan filosopi sampah kau, berapa kali kau nak lalui benda yang sama. memang kau degil, dasar tak pernah serik.


terima kasih, ayat kasar kau banyak membantu. aku memang sangat perlukan makian kau.


*diam* orang macam kau, sejuta kali aku pesan masih juga dungu dengan kebodohan sendiri.

bodoh atau tidak bukan kau hakimnya. Aku percaya apa yang aku buat, lagipun aku ada tuhan untuk mengadu.

simpan dan pendam semua rasa kau buat perkasam dan biarkan sahaja hati kau menjeruk dengan semua cerita bodoh yang aku rasa tak perlu jadi isu.

cakap bahasa melayu, aku tak faham, hehs. *senyum sinis*

takpayah nak tak faham sangat. kau lagi arif kalau bicara soal bahasa. kau yang carik pasal, kau sendiri yang tanggung.

aku yang menanggung kenapa kau yang nak bising ?

bodoh, kau memang bodoh. aku hati kau, masakan aku tak merasa sekali.

*diam*
___________________________________

terbang melatiku terbang, terbang jauh ke puncak awan, lekas sayangku lekas, bawa pergi semua rasa dan bantu aku terbang bebas.
___________________________________

Saturday, July 16, 2011

Untitled .

lebih baik tak ada orang sayang dari yang disayang milik orang :)