Tuesday, November 29, 2011

Merpati Putih

Merpati,
bicarakan gundah ini padanya.
khabarkan betapa hati ini menanggung rindu.
rindu sebuah senyuman yang dulunya terukir indah.

Merpati,
tanyakan khabarnya, mengapa diam seribu bahasa.
katakan aku di sini tetap menunggu.
menunggu sebuah janji yang tak terucap.

Merpati,
bawa sekali angin yang memupuk bayu,
biar menyentuh lembut pipinya.
pujuk hatinya, kerana aku tak bisa ada di sisi.

Merpati,
terbang lekas bawa berita.

No comments: